Sharifah Khasif
Teladan Yang Baik
Rasulullah menangis di ............................
Havasupai Indian Waterfall
Hantaran Untuk Keluarga Pengantin Perempuan
Ya Rasulullah
Andai Aku Mati Sekejap Lagi
surat dari anak mak yang tak nakal lagi
Busyairi
Kesabaran Dalam ............
About Me
- maSamManis
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Kelengkapan Untuk Jema'ah Hajj/Umrah Busana Muslim & Muslimah Busana Tahfiz & Tahfizah Kitab Al Quran & Kitab 'Ilmiah Dan banyak lagi Jemput Datang ke Busana kami
My Black Cyprus
Seruan Untuk Muslimah
Yusuf Islam
Kedamaian
Wednesday, July 22, 2009
PANTUN TAUBAT RAMADHAN
Pantun Taubat Ramadhan - Hayatilah ..........
Salam sejahtera untuk semua
Di mana saja kalian berada
Zahir dan batin kenalah puasa
Supaya ruh dapat di jaga
Hari-hari ke bazar ramadhan
Nak cari lauk pauklah katakan
Puasa ini banyak pengajaran
nak bentuk kita menjadi insan.
Hari-hari kita bertarawih
Tak sampai seminggu dah naik letih
Apakah kita akan terlatih
Takkan nak tunggu mata semuanya 'putih'
Hari-hari menjaja di pasar
Jual benda kecil dan besar
Dengan agama jangan nak main kasar
Kelak dicampak ke neraka 'saqar'
Hari-hari dunia berperang
Tak tau lagi siapa yang menang
Berpuasalah dengan hati yang senang
Kelak ruh juga yang tenang
So… semoga kita diampuni Tuhan.
Sana sini gempa bumi,
Atas sana ribut taufan,
Tak ke kita ini nak mati ?
So..kenapa still very fun ?
Dalam ramadhan kita puasa,
Dalam puasa kita terdidik,
Kenapa kita ini membuang masa?
Nak suruh malaikat datang herdik?
Kat dunia ni banyak kuman,
Sampai manusia tak boleh kesan,
Insaflah aku dan kawan-kawan,
Semoga kita menjadi insan.
Dalam ramadhan ada lailatul qadar,
Dalam qadar ada impian,
Buat baik jangan ala kadar,
Takut nanti tak kesampaian.
So…selamat bertemu malam 1000 bulan !
Hari-hari ke pasar ramadhan,
Malam pula pergi ke masjid
Dah ke kita ada penyesalan
Dan bila pula jiwa nak bertahmid?
Hari-hari pijak bumi,
Di atas kita ada langit
Nak ke mana kita hidup ini
Adakah kita terasa pahit ?
Hari-hari kita tidur,
Ada juga orang berjaga
Dimanakah hakikat konsep an-Nur?
Didalam dirikah atau didalam hati yang fana?
Hari-hari kita bertutur
Untung juga bagi yang bisu
Adakah kita sudah mengatur
Untuk masa kita yang akan meluru?
Hari-hari kita dihidupkan,
Ada juga yang terus 'padam'
Adakah diri ada kesempurnaan
Sampai tak nak naik 'maqam' ?
Hari-hari kita manusia
Alhamdulillah tak jadi binatang
Hidup disini jangan sia-sia
Kerana didepan kita perjalanan luas terbentang.
So..selamat berbuka puasa dan bertarawih !
1972-1985, kita ni dah lama,
1988- 2003, kita dah nak puasa
1401-1424 , hei kawan! Bila nak taubat?
Ada bumi ada bulan,
Depan kita ada ramadhan,
Matahari ditimur bulan di barat,
Pastikan tahun ni amalannya padat.
Ada neraka ada syurga,
Tiliklah diri, hati tu kasi jaga,
Ada syaitan ada malaikat,
Kita pastikan nafsu jahat terikat,
Ada lautan ada daratan,
Jangan rasa nak raya sakan,
Ada lelaki ada wanita
Di manalah kamu wahai taqwa?
So…Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak !
Wujud Allah wujud Muhammad
Wajib beriman dengan keduanya
Pastikan jalan hidup yang muktamad
Kerana kelak akan ditanya
Arab puasa hari selasa,
Melayu pula hari rabu
Harap-harap lepas ni kita berjasa
Buang perangai yang merapu
Gerhana bulan gerhana matahari
Komet nak lalu tak lama lagi
Hari raya ni jagalah hati
Jangan sampai malaikat lari
Ramadhan dah nak pergi
Syawal pula sedang menanti
Hidup kita biar bererti
Peganglah al-quran dan ajaran nabi
Selamat berhari-raya untuk semua dan Salam aidilfitri
Moga ramadhan kalian penuh bererti.
Digarap dari web Walad D'Ganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum..
seronok baca pantun ni..
saya rasa ni kak salmah..
maaf kalu sy teka salah..
nuramna najihah
Ha ah betul tu Kak Salmah. Kakak pun suka baca blog awak. Menarik sangat. Selamat berkenalan ya. Selamat berpuasa
Post a Comment