Ia mula melanda..
Saat saya menulis ni , sekolah dihujani dengan kebimbangan terhadap H1N1... seorang pelajar positifnya.. kalut satu sekolah... terpaksa ambil langkah berhati2 terhadap wabak penyakit ini...seperti halilintar kecil membelah sehingga berlaku kegusaran di hati2 manusia..
Beginilah kita...
Akan bimbang jika ujian dan kesan buruk dr sesuatu penyakit jelas pada mata kasar kita.. sedang ALLAH SWT dalam Al Quran banyak sekali menerangkan kesan bagi manusia yang lalai.."mereka ada hati tapi tidak memerhati.. ada telinga tapi tidak mahu mendengar.. ada mata tapi tidak menggunakannya untuk melihat".. Masya ALLAH..
Kita tidak bimbang..
ya.. kita tidak cemas pun wabak tidak menutup aurat berleluasa hari ini, wabak tidak hiraukan anak perempuan keluar tanpa muhrim juga berlambak, wabak lari daripada berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah juga meresap dalam jiwa2 masyarakat Islam, Wabak dan lambakan makanan haram dan was2 di kedai2 runcit semakin melebar..
Ohh,
Tak terbayang banyakknya wabak-wabak pada masa sekarang... Oleh itu .. kita diuji.. diperingatkan dengan wabak jugak... yang sekarang ini menjadi kekalutan.. sedarlah duhai insan... ALLAH mahu mengingatkan manusia bahawa mereka adalah makhluk.. dan setiap makhluk pasti akan lupus dr alam ini.. sehingga ALLAH bangkitkan kembali di Akhirat yang x bertepian..
Sejauh mana kita..
Amalan kita boleh dikira dengan jari kurniaan ALLAH, dosa pula x terhitung walau habis habis dakwatsebatang pena.. Inikah "Zaad" yang kita akan bawa pada hari perhitungan kelak??
والسَّلامَةِ والعافيةِ في دينِنا و دنْيانا
وكُنْ لنا صَاحبا في سفَرنا وخَلِيفة في أهلنا
آمين يا ربَّ العالمين
No comments:
Post a Comment