Sharifah Khasif
Teladan Yang Baik
Rasulullah menangis di ............................
Havasupai Indian Waterfall
Hantaran Untuk Keluarga Pengantin Perempuan
Ya Rasulullah
Andai Aku Mati Sekejap Lagi
surat dari anak mak yang tak nakal lagi
Busyairi
Kesabaran Dalam ............
About Me
- maSamManis
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Kelengkapan Untuk Jema'ah Hajj/Umrah Busana Muslim & Muslimah Busana Tahfiz & Tahfizah Kitab Al Quran & Kitab 'Ilmiah Dan banyak lagi Jemput Datang ke Busana kami
My Black Cyprus
Seruan Untuk Muslimah
Yusuf Islam
Kedamaian
Thursday, January 15, 2009
IMAN SEMUT VERSUS IMAN MANUSIA
Assalamualaikum wbt…
IMAN SEMUT...
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas
batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi
Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut : "Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab :
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku
yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki
untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : "Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak
mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya
sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan
: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata
di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu
dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji,
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut
didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut : "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu
kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu
makan setengah".Jawab semut : "Aku tidak berbohong, aku tidak
berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga
banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku
cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang
tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada
kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang
ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur
perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang
ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat
setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3
kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi
kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya : "Ya Imam, kenapakah
daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana
mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih
ke belakang?".
Jawab Imam Suffian : " Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya
bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih
kuat dari iman manusia.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment