Life is short. Please, while you can, take time to enjoy all the little pleasures


Dapatkan baju baby yang cantik, murah dan berkualiti dari
http://bajubabycotton.blogspot.com.

إِلَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلاّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Welcome and thank you for visiting my page...............................

SAHABAT

Zaid & Aida

Nu'aim & Ras

Nu'aim & Nur Rasmatin Slideshow: Tomato’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Selangor was created by TripAdvisor. See another Selangor slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sharifah Khasif

Teladan Yang Baik

Rasulullah menangis di ............................

Havasupai Indian Waterfall

Hantaran Untuk Keluarga Pengantin Perempuan

Ya Rasulullah

Andai Aku Mati Sekejap Lagi

surat dari anak mak yang tak nakal lagi

Busyairi

Sunnah Rasulullah s.a.w.

Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul

Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar dalam attchement untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar dalam attachment untuk mudah memahami.)

Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku

Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Kesabaran Dalam ............

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Kelengkapan Untuk Jema'ah Hajj/Umrah Busana Muslim & Muslimah Busana Tahfiz & Tahfizah Kitab Al Quran & Kitab 'Ilmiah Dan banyak lagi Jemput Datang ke Busana kami

My Black Cyprus

My Black  Cyprus

Seruan Untuk Muslimah

Seruan Untuk Muslimah

Yusuf Islam

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Photobucket

Kedamaian

For your eyes only


Slideshow

My heart breaks. It's cruel and insane !!!!

Friday, May 30, 2008

BERAMAL DENGAN 3 PERKARA

Pada zaman Nabi Isa a.s. ada seorang wanita yang sangat kuat imannya. Pernah terjadi ketika ia sedang membakar roti tiba-tiba terdengar suara azan lalu dengan serta merta ia meninggalkan roti itu dan segera beredar ke masjid. Pada masa ia sedang solat itu datanglah syaitan membisikkan padanya, "Saudaraku! rotimu telah hangus, kamu sudah tidak ada makanan lagi." Jawab wanita ini, "Tuhan yang aku sembah lebih baik dari roti yang aku bakar." Syaitan berasa keewa kerana usahanya tidak berhasil.
Selepas solat wanita ini  meletakkan pula anaknya ditempat pembakaran roti. Hal ini dilihat oleh suaminya sendiri lalu mendapatkan Nabi Isa dan diceritakan segalanya. Nabi Isa yang datang dengan sendirinya menyaksikan hal ini  juga berasa hairan melihatkan anak-anak itu bermain dengan bara api. Bara api itu kemudiannya berubah pula menjadi batu permata yang indah. Nabi Isa lalu memerintahkan orang memanggil wanita ini datang mengadapnya. Berkatalah Nabi Isa, "Wahai hamba Allah, apakah amalanmu sehingga kamu mendapat kemuliaan ini?"
Jawab wanita, "Wahai nabi Allah, aku sentiasa beramal dengan 3 perkara dan aku jaga 3 perkara. Apa yang aku beramal ialah, aku sentiasa menziarahi orang mati, apabila ada diantara orang-orang yang hadir iu menyebut keburukan simati maka aku cela orang itu dan sekiranya ada yang datang memimta bantuanku, jika aku berkuasa insya'Allah aku akan menolngnya semata-mata mengharapkan keredan Allah. Hanya itulah saja amalanku. 

Wednesday, May 28, 2008

ALI BERJUAL BELI DENGAN MALAIKAT

Suatu masa ketika Ali pulang dari menziarah, ia terus ke dapur dan bertanya kepada Fatimah makanan apakah yang telah disediakan untuknya. Jawab Fatimah, "Wahai suamiku! aku tidak mempunyai sesuatu apapun untuk dihidangkan, tetapi aku ada memiliki wang 6 dirham yang ku simpan buat membeli makanan Hassan dan Hussain." Ali pun meminta wang itu untuk dibelikan makanan anaknya. Dalam perjalanannya ke kedai ia terserempak dengan lelaki yang berkata, "Siapa yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik." Mendengarkan perkataan itu, Ali terus memberikan wangnya lalu pulang ke  rumah.
Apa yang berlaku diceritakan kepada Fatimah yang mendengarnya dengan ridha sungguhpun mereka sendiri sedang kelaparan.  Setelah itu Ali pun keluar untuk ke rumah Rasulullah. Di pertengahan jalan ia telah disapa oleh seorang lelaki,"Wahai Ali, belilah unta ini." Kerana menyedari Ali tidak memilikki apa-apa maka orang itu pun berkata,"Engkau ambillah dahulu unta ini dengan harga 100 dirham dan wangnya engkau serahlah kemudian." Setelah membelinya, tiba-tiba datang pula seorang lelaki lain lalu menyapa, "Wahai Ali! engkau juallah unta itu kepadaku." Jawab Ali, "Ya!  memang  aku mahu menjualnya dengan harga 300 dirham."
Lelaki itu pun bersetuju lalu dibayarnya secara tunai. Setelah itu barulah Ali pergi berjumpa dengan Rasulullah, kata Rasulullah,"Tahukah kamu, siapakah yang menjual dan membeli unta kamu itu?," Jawab Ali, "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui." Kata Rasulullah, "Wahai Ali! kamu sungguh beruntung, pinjaman kamu kepada Allah cuma 6 dirham, tetapi Allah telah membalasnya dengan 300 dirham. Lelaki yang menjual unta itu tadi adalah Jibrail a.s. dan lelaki yang yang membelinya pula adalah Israfil a.s. "

Tuesday, May 27, 2008

Ziarah .......

Ahad 25hb Mei sekali lagi Cik Alim dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran pernafasan dan buang air berdarah dan terus ditahan untuk dirawat. Keesokan harinya kami ( Cik No dan saya ) , setelah selesai urusan penukaran tayar kereta dilakukan kami bertekad untuk menziarahi Cik Alim di Tung Shin Hospital. Tatkala melihat bapa saudaraku itu hati ini terus berkata dia dalam keadaan nazak. Tetapi mulut ini terkunci untuk menyatakan kepada keluarga yang ada. Yang mampu hanya mengingatkan ibu saudaraku untuk baca surah Yasin. Manakala diri ini  berdoa kepada Allah Ta'ala untuk memudahkan dan mempercepatkan  pemergiannya.    
Arwah menghembuskan nafas terakhir tatkala kami keluar dari kawasan hospital. Jadi kami memutuskan untuk menziarahi arwah selepas mghrib. Arwah dikebumikan pada keesokan harinya sebelum zohor lebih kurang pukul 11 lebih.
InnaLillahi wainnailai hirajiunn.....

Saturday, May 24, 2008

Ziarah .......

Semalam,  pagi sabtu,  ke Subang Jaya untuk  menghantar barang pesananan emak saudaraku. Selesai berurusan dengannya, saya ke sebelah  rumah pula untuk menziarahi emak saudara yang seorang lagi untuk menjenguk keadaan kesihatan suaminya. Ternyaa dia amat uzur. Rasa terkejut juga sebab kali terakhir berjumpa, dia beransur baik. Baru-baru ini dapat tahu dia dah boleh drive dan jalan bertongkat.  Alhamdulillah.  Kemudian  tak cukup darah, kena tambah darah sebanyak 4 pint. Banyak tu. Dan  sekarang kembali uzur semula.
Menawarkan diri untuk mendapatkan ubat homopati dan periksa perkembangan kesihatannya.  Keputusannya, rawatan homopati tidak menyenangkan. Mengikut kebiasaan dan pengalaman doktor homopati sekiranya seseorang yang uzur , kemudian sihat dan s kembali uzur secara mendadak, penyembuhan memang lah mustahil. Kemungkinan itu adalah antara tanda-tanda akhir hayat.
Berita sedih itu terpaksa disampaikan tetapi tidak sepenuhnya kerana tak sampai hati. Apapun  hanya  mampu berdoa dan  tuhan  yang menentukan. Amin

Tuesday, May 20, 2008

Hhmmphh......

Tak lama lagi pada 8 Sepember mengggenapkan usiaku 45 tahun. Anak-anak pun meningkat dewasa.  Yang sulung, 16 November ni umurnya 24 tahun. Kedua pula, 5 May baru-baru ini  sampai sudah umurnya 22 tahun. Manakala yang bongsu pula akan mencapai umur 19 tahun pada 9 September ini. 18 Mac yang lalu, suamiku umurnya telah pun mencecah 51 tahun. Cepatnya masa berlalu. Mereka semua sibuk dengan hal masing-masing. Terasa sunyi kat rumah. Rindu suasana masa lalu ketika anak-anak masih kecil dulu. Banyak aktiviti dapat dilakukan bersama mereka. Seronok sangat. Kerjaya sebagai seorang suri rumahtangga tersangatlah berbaloi. Kepuasan dapat dirasai dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Besar cabarannya. Lebih-lebih lagi menjaga dan mendidik 3 orang anak lelaki. Orang kata susahnya nak jaga 3 hero. Tapi Alhamdulillah bila di samping kita adalah seorang suami yang cenderung ke arah memilikki keluarga yang patuh pada perintah Allah Ta'ala, sekaligus impian memilikki keluaga bahagia akan diusahakan. Segala ciri-ciri dan  tuntutan dalam Islam cuba diterapkan pada anak-anak. Hasilnya akan dirasainya apabila anak-anak dewasa. Senang nak bendung  dan senang nak tarek kalau ada masalah timbul, 
Lantaran itu, khidmat  kita dengan Allah Ta'ala hendaklah disempurnakan sebaik-baiknya. Jangan jadi hamba dunia 

Monday, May 19, 2008

Ingatlah anak Adam !

Orang yang memilih melakukan kejahatan, padahal di hadapannya sudah disediakan kebaikan, maka dia telah pilih  jalan syaitan daripada jalan Allah. Itulah namanya rugi dunia dan akhirat. Sesungguhnya manusia zaman sekarang sentiasa membesarkan dunia lebih dari akhirat. Diletakkan kesemua perhatiannya kepada dunia, manakala akhirat dijadikan sebagai kerja sampingan saja, bila ada masa diberilah perhatiannya, dan bila tidak, sembahyang yang wajib pun kadang-kadang ponteng. Mereka lupa bahwa semua kurnia dunia itu adalah dari takdir Allah Ta'ala juga. Kerjalah bertungkus-lumus, namun kalau tidak ada takdirNya tidak ada satu pun akan dicapainya. Kemudian jika apa yang dituntutnya dari mulutnya terkadang-kadang ucapan yang menunukkan kufur kepada nikmat Allah. Semua itu adalah merbahaya sekali dari segi keimanan,  yang boleh menyebabkan Tuhan murka kepadanya, dan nyatalah semua ini adalah dari perdayaan iblis dan syaitan, yang kita perlu menjaga diri daripadanya.

Mudah-mudahan kita sekalian dilindungi dari ditipu oleh syaitan yang direjam dan dila'anati Allah Ta'ala. Amin ! 

Ingatlah anak Adam !

Tatkala kita mengingati Allah Ta'ala dengan berzikir mengucap tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahu Akbar), tahlil (Laa Ilaaha Illalllaah), dan sebagainya. Pengucapan itu harus dengan hati yang ikhlas dan fikiran yang tenang, sedang jawarih (segala anggota) kita ada bersama kita turut ikut mengucapkan tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya.  Bukan hanya lisan saja yang bekerja, sedang fikiran kita ditempat lain, dan hati kita sedang masyghul dengan hal-hal keduniaan. Itu tidak betul. 
Maka wajiblah kita menjaga adab-adab diri, agar zikir itu tidak menjadi sia-sia.

Me . smiley-applecider

Me . smiley-applecider
Teke kat mana ni. Ada unta dalam mall. Sesat ke unta ni. Muka dia pun macam anak dinosaur, tak macam unta. He he he ini replika je untuk restoran Mystery di The Curve. Saya bersama-sama dengan Nu'aim dan Hamzah gi breakfast selepas selesai urusan di JPN buat kad pengenalan. Roti canainya emmmmmm marvellous.

my hubby :) Nama penuh dia Mohd Ibrahim bin Kader Mydin. Tarikh lahirnya 18 Mac 1957. Berasal dari Pulau Pinang. Masa ini waktu pagi, ketika hendak bertolak pergi kerja. Nampak tak beg laptop tu.

Yang di atas Big Boss, my hero watak utama. Yang kat bawah ni pulak my handsome heroes .

Yang di atas Big Boss, my hero watak utama. Yang kat bawah ni pulak my handsome heroes .
Above are my beloved children of mine. Cantik tak susunan. Watak siri ni , sebelah kiri sekali anak sulong, watak ibu , sebelah si ibu watak anak kedua dan yang kanan sekali watak anak bongsu. LOL . Apa ya tajuk drama bersiri beribu-ribu episod ni. Hhmmmmppphh ....nanti pikir ......

I'm Mappy, mommy to Tiger, Fluffy, Labu and late Bubble

I'm Mappy, mommy to Tiger, Fluffy, Labu and late Bubble
Missing. Inilah ibu kepada arwah Bubble , arwah Fluffy , Tiger dan Labu. Rindunya kat dia. Tiba-tiba hilang. Tak balek-balek.Mungkin kena colek, ataupun ada orang dengki dan mungkin mati kena langgar . Hmmmphh mintak yang terbaik dari Allah swt. Kalau ada orang colek biarlah dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Kalau kena langgar tak nampak pun mayatnya dan kalau ada orang dengki pula, biarlah antara orang itu dengan yang Maha Esa. Yang paling ditakuti ialah kalau-kalau kucing ku ini dibuat Satey! Berdoa jelah.

Mohd Zaid - my eldest. Inilah orangnya yang belanja kami ke Istana Budaya menonton teater muzikal kanak-kanak Sinbad. Rasanya ini kali ketiga. Yang pertama teater kanak-kanak Ali Baba bersama-sama dengan Aznil. Bestnya. Muzik 'live'. Yang kedua Aladdin , best jugak. Tahun depan apa pulak.....kita tungguuuuuu.....

Do Remember Me - Bubble

Do Remember Me - Bubble
Ini Bubble. Kalau tak silap Allah amek dia tahun 2007 di bulan Disember. Dia makan makanan beracun. Mungkin diracun orang.....Kesian tengok Bubble masa tengah nazak. Kena Redha. Masa hayatnya, Bubble gemuk dan sedapnya bila memeluknya. Cantikkan Bubble. Hayatnya setahun je

Muhammad Nu'aim - my second. Amacam. 9 Disember 2008 dia mula bertugas di Petaling Jaya pejabatnya. Tahun depan baru graduate. Tak pe kena belajar berdikari. Belajar hidup , he he he

I'm Fluffy - ( in memory - car accident )

I'm Fluffy -  ( in memory - car accident )
Fluffy pun dah tak ada di mukabumi ni. Pada pertengahan tahun 2008 di awal pagi dalam pukul 9 pagi dia dijumpai mati terbaring di tengah jalan tak jauh dari rumah. Terkejut besar pagi tu. Saya dan Hamzah mengendalikan Fluffy. Mata kirinya terkeluar. Hamzah demam hari tu. Jadi saya kena tolong cangkul untuk tanam Fluffy. Sedihnya. Fluffy cerewet sikit. Suaranya membingitkan telinga. Bila dia dah tak ada rindu pulak nak dengar suara dia yang high pitch tu. Semasa hayatnya kekadang menyusahkan juga. Suka duduk kat bumbung rumah pastu asyik mintak keluar masuk ikut tingkap. Selagi tak memenuhi kehendaknya dia akan mengiau bising. Sekarang sunyilah pulak.:(

Muhammad Hamzah - my youngest. Umurnya 19. Masih belajar lagi. Di UniTAR. Ambil jurusan Culinary Art. Air tangannya, hmmm boleh tahan sedap bila memasak. Seronok bila dia ada bersama dalam dapur. Meriah :)

I'm Tiger

I'm Tiger
Tiger ni adik beradik dengan Fluffy. Tak suka di angkat. Kalau nak makan kena teman dia, sama macam Mappy. Suka kena tepuk macam baby je

The youngest - Labu

The youngest - Labu
Labu adik beradik dengan Bubble. Sama-sama jatuh sakit dengan Bubble tapi dia survive. Nasib Labu kurang baik sikit. Selepas keracunan dua-dua kakinya sejuk dan jadi lumpuh.AlhamduLillah setelah mendapatan rawatan Homeopathy kakinya pulih. Tak lama lepas tu kakinya kena langgar keretalah pulak. Sekarang ni kaki kanannya tempang 'permanent' . Kesyiannya dia.

Recommending Dr Sabri - Homeopathy Selayang

Recommending Dr Sabri - Homeopathy Selayang
Ini sessi kesihatan. Perubatan alternatif - Homeopathy. Very good. Saya rasa inilah cara rawatan penyakit terbaik yang bebas dari 'dadah'. Boleh trace jenis penyakit, boleh buat medical check-up, inshaAllah berupaya merawat penyakit yang kronik, boleh periksa tahap vitamin dalam badan, boleh lihat perasaan kita dan macam-macam lagi. Yang best tu binatang peliharaan pun boleh diubati dan murah dari klinik haiwan. My cats kalau sakit gi homeopathy je, inshaAllah baik. Kambing, kura-kura , hamster pun boleh. Bawa je bulu binatang tu. Begitu juga dengan manusia. Yang jauh tu post je rambut, inshaAllah boleh periksa penyakit seseorang So far alhamduLillah. Rasanya 80% of my problem solved. Cubalah perubatan cara Homeopathy..

Yang ni saya kenalkan Puan Habibah. Kawan kita ni isteri kepada Dr. Sabri. Ni bergambar kat klinik dia orang lah.

Best aunty

Best aunty
She is my best friend, my rescuer, my companion, my problem solver and she is my beloved aunty. Nama dia Hjh Mariam Hj Abd Ghani. She's only 10 years older than me, tapi kami berdua memang ngam. Learn a lot from her. Gambar ni pun diambil kat Klinik Homopati.:)