Life is short. Please, while you can, take time to enjoy all the little pleasures


Dapatkan baju baby yang cantik, murah dan berkualiti dari
http://bajubabycotton.blogspot.com.

إِلَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لا إِلَهَ إِلاّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Welcome and thank you for visiting my page...............................

SAHABAT

Zaid & Aida

Nu'aim & Ras

Nu'aim & Nur Rasmatin Slideshow: Tomato’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Selangor was created by TripAdvisor. See another Selangor slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sharifah Khasif

Teladan Yang Baik

Rasulullah menangis di ............................

Havasupai Indian Waterfall

Hantaran Untuk Keluarga Pengantin Perempuan

Ya Rasulullah

Andai Aku Mati Sekejap Lagi

surat dari anak mak yang tak nakal lagi

Busyairi

Sunnah Rasulullah s.a.w.

Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul

Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar dalam attchement untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar dalam attachment untuk mudah memahami.)

Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku

Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Kesabaran Dalam ............

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Kelengkapan Untuk Jema'ah Hajj/Umrah Busana Muslim & Muslimah Busana Tahfiz & Tahfizah Kitab Al Quran & Kitab 'Ilmiah Dan banyak lagi Jemput Datang ke Busana kami

My Black Cyprus

My Black  Cyprus

Seruan Untuk Muslimah

Seruan Untuk Muslimah

Yusuf Islam

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Photobucket

Kedamaian

For your eyes only


Slideshow

My heart breaks. It's cruel and insane !!!!

Sunday, July 1, 2012

Speechless Ever After berkata :- heheheheheheeh..ini nama diaa..sambal jawa OOpo e kei versi kita punyer nii.. kita photong tampe nipis2..gorengkan dia..pastu letak tepi ksi sejukk..pastu goreng ikan bilis yg terbelah tengah..supaya mkn tak penat kunyahh..heheh..kedua2nya goreng garing..ksi dia sejuk..letak tepi laa..pastu belander kan lada kering + bawang putih +belacan sikit..(buat sampal) pastu goreng sampai sambal masak..letakan asam keping..bubuh garam sikit + gulaa..bila dah garing..masukan teampe yg dah goreng tu..ratakan..pastu letak ikan biliss..klu nk letak petai letak laa.klu tak nkk pun tak apaa..pastu sagai kann letak kat tepi2 kuali..buat cm kolam kat tengah tuee..tuk minyak2 turun kat lekuk kuali tu laa..nanti xlaa minyak byk sgt kat sambal tuee..
taraaa..cm tuu jeeee..senangg knnn..;)mkn ngan nasi hanggat2 pun lajuuu jeeee..♥‿♥

Tuesday, June 12, 2012

'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow

'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ 'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow

'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ 'Akad Nikah - nu'aim & Ras / 8 June 2012 Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Thursday, April 14, 2011

Me . smiley-applecider

Me . smiley-applecider
Teke kat mana ni. Ada unta dalam mall. Sesat ke unta ni. Muka dia pun macam anak dinosaur, tak macam unta. He he he ini replika je untuk restoran Mystery di The Curve. Saya bersama-sama dengan Nu'aim dan Hamzah gi breakfast selepas selesai urusan di JPN buat kad pengenalan. Roti canainya emmmmmm marvellous.

my hubby :) Nama penuh dia Mohd Ibrahim bin Kader Mydin. Tarikh lahirnya 18 Mac 1957. Berasal dari Pulau Pinang. Masa ini waktu pagi, ketika hendak bertolak pergi kerja. Nampak tak beg laptop tu.

Yang di atas Big Boss, my hero watak utama. Yang kat bawah ni pulak my handsome heroes .

Yang di atas Big Boss, my hero watak utama. Yang kat bawah ni pulak my handsome heroes .
Above are my beloved children of mine. Cantik tak susunan. Watak siri ni , sebelah kiri sekali anak sulong, watak ibu , sebelah si ibu watak anak kedua dan yang kanan sekali watak anak bongsu. LOL . Apa ya tajuk drama bersiri beribu-ribu episod ni. Hhmmmmppphh ....nanti pikir ......

I'm Mappy, mommy to Tiger, Fluffy, Labu and late Bubble

I'm Mappy, mommy to Tiger, Fluffy, Labu and late Bubble
Missing. Inilah ibu kepada arwah Bubble , arwah Fluffy , Tiger dan Labu. Rindunya kat dia. Tiba-tiba hilang. Tak balek-balek.Mungkin kena colek, ataupun ada orang dengki dan mungkin mati kena langgar . Hmmmphh mintak yang terbaik dari Allah swt. Kalau ada orang colek biarlah dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Kalau kena langgar tak nampak pun mayatnya dan kalau ada orang dengki pula, biarlah antara orang itu dengan yang Maha Esa. Yang paling ditakuti ialah kalau-kalau kucing ku ini dibuat Satey! Berdoa jelah.

Mohd Zaid - my eldest. Inilah orangnya yang belanja kami ke Istana Budaya menonton teater muzikal kanak-kanak Sinbad. Rasanya ini kali ketiga. Yang pertama teater kanak-kanak Ali Baba bersama-sama dengan Aznil. Bestnya. Muzik 'live'. Yang kedua Aladdin , best jugak. Tahun depan apa pulak.....kita tungguuuuuu.....

Do Remember Me - Bubble

Do Remember Me - Bubble
Ini Bubble. Kalau tak silap Allah amek dia tahun 2007 di bulan Disember. Dia makan makanan beracun. Mungkin diracun orang.....Kesian tengok Bubble masa tengah nazak. Kena Redha. Masa hayatnya, Bubble gemuk dan sedapnya bila memeluknya. Cantikkan Bubble. Hayatnya setahun je

Muhammad Nu'aim - my second. Amacam. 9 Disember 2008 dia mula bertugas di Petaling Jaya pejabatnya. Tahun depan baru graduate. Tak pe kena belajar berdikari. Belajar hidup , he he he

I'm Fluffy - ( in memory - car accident )

I'm Fluffy -  ( in memory - car accident )
Fluffy pun dah tak ada di mukabumi ni. Pada pertengahan tahun 2008 di awal pagi dalam pukul 9 pagi dia dijumpai mati terbaring di tengah jalan tak jauh dari rumah. Terkejut besar pagi tu. Saya dan Hamzah mengendalikan Fluffy. Mata kirinya terkeluar. Hamzah demam hari tu. Jadi saya kena tolong cangkul untuk tanam Fluffy. Sedihnya. Fluffy cerewet sikit. Suaranya membingitkan telinga. Bila dia dah tak ada rindu pulak nak dengar suara dia yang high pitch tu. Semasa hayatnya kekadang menyusahkan juga. Suka duduk kat bumbung rumah pastu asyik mintak keluar masuk ikut tingkap. Selagi tak memenuhi kehendaknya dia akan mengiau bising. Sekarang sunyilah pulak.:(

Muhammad Hamzah - my youngest. Umurnya 19. Masih belajar lagi. Di UniTAR. Ambil jurusan Culinary Art. Air tangannya, hmmm boleh tahan sedap bila memasak. Seronok bila dia ada bersama dalam dapur. Meriah :)

I'm Tiger

I'm Tiger
Tiger ni adik beradik dengan Fluffy. Tak suka di angkat. Kalau nak makan kena teman dia, sama macam Mappy. Suka kena tepuk macam baby je

The youngest - Labu

The youngest - Labu
Labu adik beradik dengan Bubble. Sama-sama jatuh sakit dengan Bubble tapi dia survive. Nasib Labu kurang baik sikit. Selepas keracunan dua-dua kakinya sejuk dan jadi lumpuh.AlhamduLillah setelah mendapatan rawatan Homeopathy kakinya pulih. Tak lama lepas tu kakinya kena langgar keretalah pulak. Sekarang ni kaki kanannya tempang 'permanent' . Kesyiannya dia.

Recommending Dr Sabri - Homeopathy Selayang

Recommending Dr Sabri - Homeopathy Selayang
Ini sessi kesihatan. Perubatan alternatif - Homeopathy. Very good. Saya rasa inilah cara rawatan penyakit terbaik yang bebas dari 'dadah'. Boleh trace jenis penyakit, boleh buat medical check-up, inshaAllah berupaya merawat penyakit yang kronik, boleh periksa tahap vitamin dalam badan, boleh lihat perasaan kita dan macam-macam lagi. Yang best tu binatang peliharaan pun boleh diubati dan murah dari klinik haiwan. My cats kalau sakit gi homeopathy je, inshaAllah baik. Kambing, kura-kura , hamster pun boleh. Bawa je bulu binatang tu. Begitu juga dengan manusia. Yang jauh tu post je rambut, inshaAllah boleh periksa penyakit seseorang So far alhamduLillah. Rasanya 80% of my problem solved. Cubalah perubatan cara Homeopathy..

Yang ni saya kenalkan Puan Habibah. Kawan kita ni isteri kepada Dr. Sabri. Ni bergambar kat klinik dia orang lah.

Best aunty

Best aunty
She is my best friend, my rescuer, my companion, my problem solver and she is my beloved aunty. Nama dia Hjh Mariam Hj Abd Ghani. She's only 10 years older than me, tapi kami berdua memang ngam. Learn a lot from her. Gambar ni pun diambil kat Klinik Homopati.:)